Kejayaan inovasi dalam sektor awam tidak boleh bergantung kepada idea kreatif semata-mata, sebaliknya memerlukan ekosistem yang menyokong pelaksanaan, pembangunan bakat, kepimpinan dan kerjasama strategik.
Pengerusi Panel Penasihat MTalent, Prof. Dato’ Sr. Dr. Omar Osman, berkata organisasi perlu membangunkan ekosistem inovasi yang merangkumi kepimpinan berwawasan, budaya kerja yang menggalakkan kreativiti, tadbir urus yang responsif serta ruang untuk mencuba pendekatan baharu.