KUALA LUMPUR, 14 November 2024 – Penjawat awam di negara ini disaran mencontohi budaya kerja masyarakat Jepun selaras dengan usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany berkata, keupayaan Jepun bangkit sebagai kuasa ekonomi dunia selepas perang dunia kedua adalah berteraskan budaya kerja yang sentiasa mementingkan kualiti kerja yang tinggi seperti amalan zero defect.
“Adalah menjadi harapan saya agar semua peserta mendapat sebanyak mungkin pengetahuan tentang organisasi berprestasi tinggi (HPO) dan seterusnya mempromosi budaya HPO di tempat kerja masing-masing kelak,” ujar beliau.