Skip to main content

Mesej Dari CEO

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana mengunjungi laman web rasmi MTalent. Laman ini dibangunkan sebagai cerminan komitmen kami untuk menjadi rakan strategik organisasi dalam memperkasa kepimpinan, memperkukuh tadbir urus bakat dan menterjemahkan aspirasi strategik kepada pelaksanaan yang berkesan.

Warren Bennis, tokoh pemikiran kepimpinan moden, pernah menyatakan bahawa Leadership is the capacity to translate vision into reality. Bagi kami di MTalent, kenyataan ini bukan sekadar falsafah, tetapi prinsip kerja. Kepimpinan yang berkesan bukan hanya tentang menetapkan hala tuju, sebaliknya keupayaan untuk menggerakkan organisasi melalui sistem, proses dan kompetensi untuk mencungkil potensi dan prestasi sebenar.

Dalam landskap organisasi yang semakin kompleks dan dinamik, cabaran utama bukan lagi kekurangan visi, tetapi kegagalan menterjemahkan visi kepada tindakan yang konsisten dan terukur. Tanpa pendekatan yang sistematik, strategi yang betul dan sokongan kepakaran yang tepat, potensi organisasi berisiko tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Seiring dengan cabaran ini, MTalent menawarkan pendekatan pembangunan organisasi yang menyeluruh melalui program latihan antarabangsa dan kerjasama strategik global merangkumi tiga zon utama: Zon A (Malaysia dan negara- negara ASEAN), Zon B (Asia seperti Jepun, Qatar dan China) serta Zon C (Eropah seperti United Kingdom, Estonia, Finland dan Jerman). Pendekatan kami diperkukuh dengan latihan rentas bidang yang menggabungkan perspektif sektor awam dan industri, serta penyelesaian sistem sumber manusia dan pendigitalan proses kerja yang membolehkan pemantauan prestasi di peringkat organisasi, jabatan dan individu secara bersepadu dan berfokus kepada hasil.

MTalent ialah singkatan kepada MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), dengan huruf “M” membawa maksud Mengurus (Managing). Penjenamaan ini mencerminkan fokus teras kami bahawa keupayaan mengurus bakat secara strategik merupakan kunci kepada organisasi berprestasi tinggi. Setiap program latihan dan perkhidmatan perundingan MTalent dirangka untuk membantu organisasi mengurangkan ketirisan, menangani halangan prestasi dan membina keupayaan pelaksanaan yang mampan.

MTalent komited untuk menjadi rakan strategik anda dalam menterjemahkan visi kepada tindakan.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Panel Penasihat

Professor Dato’ Dr Sr Omar Osman (Pengerusi)

Mantan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-HICOM University of Automotive Malaysia sejak 2017 sehingga 2025, dan sebelum itu ialah Naib Canselor, USM pada tahun 2011-2016 . Terlibat dengan pelbagai program strategik pembangunan bakat peringkat kebangsaan dan pernah memimpin inisaitif Program Perpindahan Ilmu yang anjurkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Mempunyai rangkaian kerja dengan pelbagai pihak industri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Professor Emeritus Dato’ Dr Abd Aziz Tajuddin

Naib Canselor dan Presiden Albukhary International University sejak Januari 2020 sehingga bersara pada 31 Julai 2024. Berkhidmat lebih 30 tahun di Universiti Sains Malaysia (USM) dan pernah menyandang pelbagai jawatan pentadbiran penting antaranya sebagai Pendaftar, Pengarah Kampus, Dekan dan terlibat secara aktif dalam program-program pembangunan bakat di peringkat universiti dan kebangsaan.

Dato’ Hamdan Bahari

Alumni USM dan tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran peringkat negeri ialah mantan Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Perlis selama dua penggal dari 2013 sehingga 2022. Pernah menjadi Pengarah, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) negeri Perlis. Memulakan perkhidmatan sebagai pendidik. Penerima Anugerah Tokoh Guru oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2023.


Panel Pakar

Malaysia
Strategic HRM, Strategic Planning, Succession Planning, Performance Management
Malaysia
IT Expert
Malaysia
Strategic Leadership, Profiling Expert
Italy
Performance Management, System Dynamics Modelling, Collaborative Governance
Germany
Renewable Energy, Innovation Ecosystem, Entrepreneurship
Australia
Marketing, Project Management, Leadership
Malaysia
Strategic Innovation, Design Thinking
Qatar
Change Management, Strategic Planning, Strategic Leadership
Malaysia
Innovation Ecosystems
Qatar
Strategic Thinking, Research Capability, and Decision-Making Skills

Rakan Strategik

CED4 Systems Dynamic Group
Italy

USAINS Holding Sdn Bhd
Malaysia

ANC ELSBETT, GREASEnergy
Germany

Educational Competencies Consortium Ltd
United Kingdom

Al-Jedad Holding
Qatar