Pengalaman mengendalikan pelbagai program latihan sebelum ini serta hasil tinjauan lepas, boleh disimpulkan bahawa peserta program (adult learner) mempunyai pelbagai kecenderungan (preferences) dan gaya pembelajaran. Ada yang akan belajar dengan berkesan melalui melihat (seeing), mendengar(listening), membaca dan menulis (reading and writing) dan ada yang belajar dengan berkesan melalui aktiviti hand on dan perkongsian pengalaman.
Namun tinjauan oleh vark-learn.com menunjukkan bahawa lebih 66 % peserta memberi maklumbalas belajar secara berkesan dengan Multimodal Preferences atau disebut juga sebagai VARK Integrative iaitu gabungan pendekatan VARK (Visual, Auditory, Read/Write, Kinesthetic).
Justeru itu, M Talent dalam menawarkan program latihan membangunkan Model Pembelajaran M Talent seperti rajah berikut: