Skip to main content

MESEJ DARI CEO

Ketua Pegawai Eksekutif

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web MTalent. Laman web ini merupakan salah satu inisiatif MTalent untuk menyediakan informasi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh MTalent selain maklumat lain berkaitan pengurusan dan pembangunan bakat organisasi.

Warren Bennis, seorang pakar dan perintis prinsip kepimpinan moden terkenal berkata, "Kepimpinan ialah keupayaan untuk menterjemahkan visi menjadi realiti." Dengan mengambil kenyataan ini lebih jauh, kita boleh menyifatkan kepimpinan sebagai kualiti yang memberi inspirasi kepada barisan pekerja untuk melakukan yang terbaik setiap hari.

Oleh itu, pengurusan organisasi sama ada kecil atau besar pastinya berusaha untuk mencapai visi yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, untuk menterjemahkan visi kepada tindakan bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan pengalaman, strategi, kaedah dan sistem yang sesuai dengan hala tuju organisasi.

Untuk membantu merealisasikan visi organisasi, MTalent™ menawarkan program latihan antarabangsa melalui kerjasama strategik dengan pelbagai agensi antarabangsa; latihan rentas bidang – gabungan pengalaman sektor awam dan industri. Lebih penting lagi MTalent™ menawarkan pelbagai sistem sumber manusia dan pendigitalan proses kerja yang mampu membantu organisasi memantau prestasi organisasi, jabatan dan individu.

Apakah MTalent™? MTalent™ ialah singkatan daripada nama syarikat MTalent Training & Consultancy Services Sdn Bhd (1512139-M) di mana M, bermaksud menguruskan ( bakat) . Ini mencerminkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, iaitu program untuk membantu organisasi menterjemahkan visi kepada tindakan. Dalam konteks ini, program latihan dan perkhidmatan perundingan yang ditawarkan adalah untuk membantu organisasi mencegah ketirisan atau menggelak berlakunya blockage yang disebabkan oleh isu pengurusan dan pembangunan bakat.

MTalent sedia membantu anda, hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Panel Penasihat

Professor Emeritus Dato’ Dr Abd Aziz Tajuddin

Naib Canselor dan Presiden Albukhary International University sejak Januari 2020 sehingga bersara pada 31 Julai 2024. Berkhidmat lebih 30 tahun di Universiti Sains Malaysia (USM) dan pernah menyandang pelbagai jawatan pentadbiran penting antaranya sebagai Pendaftar, Pengarah Kampus, Dekan dan terlibat secara aktif dalam program-program pembangunan bakat di peringkat universiti dan kebangsaan.

Professor Dato’ Dr Sr Omar Osman

Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-HICOM University of Automotive Malaysia sejak 2017 dan sebelum itu ialah Naib Canselor, USM pada tahun 2011-2016 . Terlibat dengan pelbagai program strategik pembangunan bakat peringkat kebangsaan  dan pernah memimpin inisaitif Program Perpindahan Ilmu yang anjurkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Mempunyai rangkaian kerja dengan pelbagai pihak industri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dato’ Hamdan Bahari

Alumni USM dan tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran peringkat negeri ialah mantan Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Perlis selama dua penggal dari 2013 sehingga 2022. Pernah menjadi Pengarah, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) negeri Perlis. Memulakan perkhidmatan sebagai pendidik. Penerima Anugerah Tokoh Guru oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2023.


Panel Pakar MTalent

CEO of MTalent, Malaysia
IT Expert, Malaysia
CED4 System Dynamics Group, Italy
CEO of ANC, ELSBETT GREASEnergy, Germany
Project Management, Western Australia
Head of DBA Program, DRB Hicom University of Automotive Malaysia

Rakan Strategik

DRB HICOM University of Automotive
Malaysia

CED4 Systems Dynamic Group
Italy

USAINS Holding Sdn Bhd
Malaysia

ANC ELSBETT, GREASEnergy
Germany

Educational Competencies Consortium Ltd
United Kingdom

Perkhidmatan MTalent

  • Mtalent Kompetensi

  • MTalent International Outreach

  • Sistem Mtalent

  • 'Customize Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang