Skip to main content

Berita MTalent

Kunjungan Studi Banding M Talent Training & Consultancy Services ke Kantor Pertanahan Kota Bandung

JABAR EKSPRES – MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd., sebuah lembaga pelatihan terkemuka dari Malaysia, mengadakan kunjungan studi banding ke Kantor Pertanahan Kota Bandung dalam rangka Program Transformasi Organisasi melalui Tadbir Urus Bersepadu (TUBE). Program ini diadakan bagi pegawai pemerintah Malaysia yang berasal dari Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk mempelajari tata kelola administrasi pertanahan dan pengukuran di Indonesia, dengan fokus khusus pada praktik terbaik yang telah diterapkan oleh Kantor Pertanahan Kota Bandung.

10 Februari 2025

Pembangunan Bakat Perlu Dasar Yang Jelas

NILAI, 10 Feb 2025 – Pembangunan bakat kepimpinan pendidikan tinggi Negara perlu mempunyai dasar yang jelas. Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif M Talent yang juga Profesor Adjung DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Dato Dr Musa Ali semasa sesi perkongsian di bengkel anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pengajian Tinggi bertempat di Auditorium AKEPT. Bengkel itu dihadiri lebih 80 orang pegawai yang terlibat secara langsung dengan pembangunan bakat di peringkat pusat dan universiti awam di Malaysia.

10 FEBRUARI 2025

JPAN SABAH LAKSANA BENGKEL DASAR LATIHAN

KOTA KINABALU, 10 Feb 2025 – Bahagian Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Dasar Latihan Dan Pelan Operasi Latihan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang pertama selama empat hari di Hotel Le Meridien bermula 4 Februari (Selasa).

14 November 2024

Penjawat awam disaran contohi budaya kerja masyarakat Jepun

KUALA LUMPUR, 14 November – Penjawat awam di negara ini disaran mencontohi budaya kerja masyarakat Jepun selaras dengan usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany berkata, keupayaan Jepun bangkit sebagai kuasa ekonomi dunia selepas perang dunia kedua adalah berteraskan budaya kerja yang sentiasa mementingkan kualiti kerja yang tinggi seperti amalan zero defect.

1 OKTOBER 2024

DR AHMAD ZULMAN DI LANTIK PENGARAH PEMASARAN DAN KOMUNIKASI

PULAU PINANG, 1 Oktober 2024 – Dr. Ahmad Zulman Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, M Talent Training & Consultancy Services Sdn Bhd berkuatkuasa 1 Oktober 2024, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTalent , Dato’ Dr Musa Ali. 

27 September 2024

‘TUBE’ Mtalent Bantu Peserta Rangka Pelan Transformasi

BANDUNG, 27 September 2024 – MTalent memperluas program latihannya, khusus bagi membantu peserta dalam merangka pelan transformasi menggunakan kaedah Transformasi Organisasi melalui Tadbir Urus Bersepadu (TUBE). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif , MTalent, YBhg. Dato’ Dr. Musa Ali. Beliau berkata, program latihan yang dijalankan turut berperanan dalam memberi pemahaman kepada organisasi mengenai keperluan dan kepentingan proses transformasi serta mengenal pasti elemen penting dalam melaksanakannya.

30 OGOS 2024

Rebut Peluang Tingkatkan Kompetensi Diri

PULAU PINANG, 30 Ogos 2024 – Penjawat awam khususnya kumpulan Pengurusan dan Professional Gred 41 sehingga Gred 56 di pelbagai skim perkhidmatan digesa merebut peluang meningkatkan kompetensi diri dengan menyertai pelbagai program latihan yang disediakan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Demikian tegas Puan Norazlina Abd Hamid dari Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA ketika menyampaikan ucapan penutupan program latihan ‘Innovation and Entrepreneurship For Executive’ Siri ke 4 di sini hari ini. Program latihan selama lima hari itu diakhiri dengan sesi pembentangan oleh peserta.

9 OGOS 2024

Peserta Perlu Berkongsi Pengetahuan Selepas Tamat Kursus

PULAU PINANG, 9 Ogos 2024 – Para peserta program pembangunan bakat yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diseru untuk berkongsi pengetahuan yang diperolehi dari program- program latihan dengan staf lain di jabatan masing- masing selepas tamat menghadiri sesuatu program latihan. Ini akan menyemarakkan lagi perkembangan ilmu selaras dengan hasrat membina generasi pentadbir yang berilmu dan berkompetensi tinggi.

1 OGOS 2024

Penyertaan Tokoh Berpengalaman Lonjak Program Pembangunan Bakat

PULAU PINANG, 1 Ogos 2024 – Tiga tokoh terkemuka tanahair telah dilantik sebagai Panel Penasihat (Advisory Panel) MTalent berkuatkuasa 1 Ogos 2024 sehingga 31 Disember 2027. Tiga tokoh berkenaan ialah YBhg Professor Emeritus Dato’ Dr Abd Aziz Tajuddin, YBhg Professor Dato’ Dr Sr Omar Osman dan YBhg Dato' Haji Hamdan Bahari, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTalent , Dato’ Dr Musa Ali

17 JULAI 2024

AGENSI AWAM PERLU PENGURUSAN MAKLUMAT YANG SISTEMATIK DAN MUDAH DICAPAI

PULAU PINANG , 17 Julai 2024 – Agensi awam dipelbagai peringkat perlu menguruskan maklumat secara teratur dan mudah dicapai. Ini dinyatakan oleh Ketua Pengawai Eksekutif MTalent, YBhg Dato’ Dr Musa Ali ketika menyampaikan taklimat lawatan kerja dari pasukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

10 JULAI 2024

PELAN PENGGANTIAN PERLU SOKONGAN EKOSISTEM ORGANISASI

PULAU PINANG, 10 Julai 2024 – Peribahasa Melayu ada mengatakan ‘patah tumbuh, hilang berganti’. Dalam konteks pelan penggantian ia membawa maksud akan terus ada pengganti jika adakekosongan yang mungkin disebabkan penyandang sedia ada tamat tempoh lantikan, bersara atau bertukar tempat bertugas.

1 JULAI 2024

SEMARAKKAN INOVASI DENGAN BELAJAR DARI PENGALAMAN INDUSTRI

PULAU PINANG, 1 Julai 2024 – Peserta program latihan Usains Holding dan MTalent diseru belajar dari pengalaman pelbagai sektor dan bidang untuk menyemarakkan budaya dan amalan inovasi serta keusahawanan di sektor awam, demikian menurut Ketua Pengawai Eksekutif MTalent, YBhg. Dato’ Dr Musa Ali.

10 JUN 2024

INOVASI PERLU PENDEKATAN DAN STRATEGI YANG BETUL

PULAU PINANG, 10 Jun 2024 – Memupuk budaya inovasi dan keusahawanan memerlukan pendekatan dan strategi yang betul, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif, MTalent, YBhg Dato Dr Musa Ali.

10 MEI 2024

AGENSI TUNJUK MINAT TERHADAP MODUL DAN SISTEM MTALENT

PULAU PINANG, 10 Mei 2024 – Tiga organisasi terkemuka tanahair berminat dengan modul dan sistem MTalent. Agensi tersebut telah mengadakan makmal dan lawatan kerja ke MTalent untuk meninjau modul dan sistem terutamanya dalam usaha meningkatkan aspek pengurusan kompetensi bakat di organisasi masing-masing.

Perkhidmatan MTalent

  • Mtalent Kompetensi

  • MTalent International Outreach

  • Sistem Mtalent

  • 'Customize Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang