Mtalent Sumbang Program Back to School, Bantu 60 Pelajar Persiapkan Sesi Persekolahan 2026
Pulau Pinang, 7 Januari 2026 – Seramai 60 orang pelajar asnaf dari Pulau Pinang dan kawasan sekitar utara Semenanjung Malaysia telah menerima sumbangan menerusi Program Back to School anjuran MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (MTalent). Sumbangan berbentuk bantuan tunai itu bertujuan membantu pelajar membuat persiapan awal bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2026, termasuk keperluan asas seperti kelengkapan sekolah dan perbelanjaan awal persekolahan.

Sumbangan berbentuk bantuan tunai itu bertujuan membantu pelajar membuat persiapan awal bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2026, termasuk keperluan asas seperti kelengkapan sekolah dan perbelanjaan awal persekolahan.
Penyampaian sumbangan telah dilaksanakan melalui beberapa majlis berasingan dan disempurnakan oleh Pengerusi dan Ahli-Ahli Panel Penasihat MTalent, iaitu Dato’ Dr. Omar Osman, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Abd Aziz Tajuddin, Dato’ Hamdan Bahari, serta Ketua Pegawai Eksekutif MTalent, Dato’ Dr. Musa Ali.

Menurut Musa, program ini mencerminkan komitmen berterusan MTalent dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kebajikan pelajar.
“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga serta memberi semangat kepada para pelajar untuk memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih yakin dan bersedia,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa MTalent akan terus melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan.







Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.