MTalent Terima Lawatan Kerja Delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam

PULAU PINANG, 5 Ogos 2026 – MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. hari ini menerima lawatan kerja delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam bidang pembangunan bakat, kepimpinan dan transformasi organisasi.
Delegasi JPA diketuai oleh Dato’ Badurunhisam bin Mohd Nor, Pengarah Bahagian Perkhidmatan, bersama Dato’ Jamalulail bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, serta pegawai-pegawai kanan JPA.
Lawatan tersebut turut disambut oleh barisan pengurusan dan pasukan MTalent. Sepanjang sesi berlangsung, kedua-dua pihak berkongsi pandangan, pengalaman serta pendekatan berkaitan pembangunan kompetensi, pengurusan bakat, pelan penggantian, pembangunan kepimpinan dan pengukuhan keupayaan organisasi.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada kemungkinan pelaksanaan program latihan, pembangunan sistem serta inisiatif kerjasama yang dapat menyokong usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MTalent, Dato’ Dr Musa Ali, berkata lawatan tersebut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka bentuk kerjasama yang lebih berfokus, praktikal dan berimpak tinggi.
“MTalent amat menghargai kesudian delegasi JPA mengadakan lawatan kerja ini. Kami berharap hasil perbincangan dapat diterjemahkan kepada inisiatif yang memberi manfaat kepada pembangunan bakat dan kemajuan perkhidmatan awam negara,” katanya.
Lawatan kerja itu turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara JPA dan MTalent dalam usaha membangunkan organisasi yang lebih tangkas, kompeten dan berprestasi tinggi.
MTalent berharap hubungan kerjasama ini dapat diteruskan melalui pelbagai program dan inisiatif yang bersesuaian pada masa hadapan.




Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.