Skip to main content

TUBE© MTalent Bawa Peserta Dalami Transformasi Organisasi dan Smart City di Bandung

BANDUNG, 16 Ogos 2026 – MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (MTalent) meneruskan program pembangunan kompetensi antarabangsa menerusi MTalent International Outreach Programme (IOP): Transformasi Organisasi Melalui Pendekatan Tadbir Urus Bersepadu (TUBE©) yang berlangsung di Bandung, Indonesia dari 11 hingga 16 Ogos 2026.

Program selama enam hari itu menggabungkan pembelajaran berasaskan kerangka TUBE© dengan perkongsian pengalaman sebenar transformasi organisasi dan bandar pintar di Indonesia.

Pada hari kedua, peserta didedahkan kepada konsep TUBE©, organisasi dan tuntutan perubahan, kerangka transformasi serta penggunaan Inventori I: Profil TUBE Organisasi dan Inventori II: 12 Elemen. Peserta turut mempelajari kaedah menterjemahkan misi kepada tindakan melalui Pay Matrix dan T-Map.

Pembelajaran kemudiannya diperkukuh melalui perkongsian “Bagaimana Menterjemah Pelan Strategik Kepada Realiti – Pengalaman Kota Bandung” oleh Ir. Adi Junjunan Mustafa, M.Sc, Kepala Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Bandung.

Pada 13 Ogos, peserta mengikuti perkongsian mengenai Transformasi Digital: Pengalaman Kota Jakarta oleh Ernst Rengga Damahato, Head of Management and Research Unit, Jakarta Smart City, sebelum mengadakan lawatan ke Command Centre Wilayah Kota Bandung. Lawatan itu memberi fokus kepada aspek perancangan, pengenalpastian dan pelaksanaan dalam memenuhi keperluan penduduk Kota Bandung bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Peserta turut mengikuti sesi Transformasi Kota Bandung Sebagai Smart City yang disampaikan oleh Darto, AP, Kepala Dinas Kebersihan dan Lingkungan Hidup Kota Bandung. Pendedahan tersebut memberi peluang kepada peserta memahami bagaimana teknologi, perancangan bandar dan tadbir urus disepadukan dalam proses transformasi perkhidmatan bandar.

Hari berikutnya memberi penekanan kepada komunikasi dalam pentadbiran menerusi perkongsian pengalaman oleh YBhg. Dato’ Hamdan Bin Bahari, Panel Penasihat MTalent, diikuti pembentangan kumpulan, rumusan program dan penyampaian sijil penyertaan. Program turut dilengkapkan dengan aktiviti pembelajaran luar dewan pada 15 Ogos sebelum peserta berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada 16 Ogos.

Melalui kombinasi pembelajaran berstruktur, kajian kes, lawatan lapangan dan perkongsian pengalaman antarabangsa, TUBE© memberi peluang kepada peserta melihat bagaimana pelan strategik boleh diterjemahkan kepada tindakan sebenar dalam organisasi.

Penganjuran program ini selaras dengan komitmen MTalent untuk membantu organisasi membangunkan keupayaan mengurus perubahan serta menterjemahkan visi kepada tindakan melalui pendekatan “Transforming Your Vision into Action.”

Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.