Skip to main content

Rebut Peluang Tingkatkan Kompetensi Diri

PULAU PINANG, 30 Ogos 2024 – Penjawat awam khususnya kumpulan Pengurusan dan Professional Gred 41 sehingga Gred 56 di pelbagai skim perkhidmatan digesa merebut peluang meningkatkan kompetensi diri dengan menyertai pelbagai program latihan yang disediakan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Demikian tegas Puan Norazlina Abd Hamid dari Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA ketika menyampaikan ucapan penutupan program latihan ‘Innovation and Entrepreneurship For Executive’ Siri ke 4 di sini hari ini. Program latihan selama lima hari itu diakhiri dengan sesi pembentangan oleh peserta.

Menurut Norazlina, terdapat pelbagai peluang latihan yang disediakan oleh JPA termasuk kursus pendek dalam dan luar negara. Antaranya melalui program LEAD4FUTURE yang antara lain memberi fokus untuk meningkatkan kompetensi dalam bidang kepimpinan, strategi, gelagat organisasi dan pengurusan perubahan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MTalent, Dato’ Dr Musa Ali dalam ucapan aluannya dimajlis tersebut merakamkan terima kasih kepada JPA yang memberi kepercayaan kepada MTalent dan Usains Holding untuk menganjurkan program latihan tersebut. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada 12 syarikat yang terlibat dalam menjayakan program sejak siri pertama program tersebut yang bermula pada minggu dua bulan Jun yang lalu antaranya Inary Amertron Berhad, Honda Malysia, PUSPAKOM, Penang Skills Development Centre, INTEL Technology Sdn Bhd dan Nationgate Solution Sdn Bhd. Menurut Musa, penglibatan dan sokongan pihak industri dalam program tersebut adalah selaras dengan pendekatan rentas sektor dan rentas skim yang menjadi strategi teras MTalent dalam pembangunan bakat untuk meningkatkan keberkesanan program latihan.

Turut hadir pada majlis penutup itu ialah, Naib Canselor DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Prof Dato Dr Sr Omar Osman serta semua pemudahcara program yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Perkhidmatan Mtalent

  • Mtalent Kompetensi

  • MTalent International Outreach

  • Sistem Mtalent

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang