Skip to main content
PENANG, MALAYSIA

Kemahiran Membangunkan Analisis Keperluan Latihan
(Training Needs Analysis - TNA)

Bengkel Analisis Keperluan Latihan (Training Needs Analysis – TNA) ini direka bentuk untuk membantu peserta memahami dan melaksanakan proses TNA secara sistematik bagi mengenal pasti jurang kompetensi dan keperluan latihan sebenar dalam organisasi masing-masing. Program ini memberi penekanan kepada pendekatan berasaskan data dan hasil prestasi, di mana peserta akan didedahkan kepada kaedah mengenal pasti punca sebenar jurang prestasi, serta menterjemahkan dapatan analisis kepada pelan latihan yang selaras dengan matlamat strategik organisasi. Melalui bengkel ini, peserta akan memahami konsep TNA, mengenal pasti hubungan antara analisis prestasi, kompetensi dan latihan, menggunakan instrumen pengumpulan data, serta menyediakan pelan latihan berfokus prestasi.

Maklumat Program

  • Nama Program
    Kemahiran Membangunkan Analisis Keperluan Latihan
    (Training Needs Analysis - TNA)
  • Tarikh Program
    4 - 5 Ogos 2026
  • Tarikh Tutup Penyertaan
    5 Julai 2026 ​ 
  • Tempat
    Pulau Pinang, Malaysia
  • Yuran
    RM 2,000


    * Yuran termasuk kit program, makan & minum,
    sijil penyertaan dan tidak termasuk SST 8%

Hasil Pembelajaran

  1. Menjelaskan konsep, objektif dan kepentingan Analisis Keperluan Latihan (TNA).
  2. Mengaplikasikan pendekatan berasaskan analisis prestasi dan kompetensi dalam proses TNA.
  3. Mengenal pasti sumber dan kaedah pengumpulan data yang sesuai untuk TNA.
  4. Menganalisis data dan mengenal pasti keperluan latihan sebenar.
  5. Merangka pelan latih

PEMUDAHCARA

Ketua Pegawai Eksekutif

Dato’ Dr. Musa Ali ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di MTalent Training and Consultancy. Sebelum itu, beliau berpengalaman lebih 33 tahun di sektor awam dengan menyertai USM sebagai staf sejak 1990. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Pendaftar, USM (2018-2023), Pengarah Bahagian Sumber Manusia USM (2016-2017) serta Pengasas dan Pengarah, Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia (USM) (2012-2023). Mendapat pendidikan di peringkat ijazah pertama dan sarjana di Universiti Sains Malaysia dan Doctor of Human Resource Management dari Murdoch University, Australia. Beliau adalah ‘certified facilitator’ untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS® dari Center for Creative Leadership, Amerika Syarikat. Bukunya iaitu “Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam” telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2008. Pada tahun 2015 beliau menghasilkan buku “Transformasi Organisasi : Konsep dan Teknik Pelaksanaan” dan buku itu yang telah diulang cetak empat kali kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam tiga bahasa lain iaitu bahasa Inggeris (2016), bahasa Arab (2020) dan bahasa Jepun (2021). Pada tahun 2022, beliau telah menghasilkan buku autobiografinya berjudul “Sirap Limau Ais: Memoir Seorang Pentadbir” yang dilancarkan pada 28 Mac 2022. Di samping itu, beliau juga telah berjaya membangunkan beberapa aplikasi sumber manusia yang kini digunakan oleh pelbagai agensi. Beliau adalah penerima Anugerah Khas oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 1 Mei 2022, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah USM 2022 dan penerima Top Performers Award Usains Holdings 2023. Sering dijemput oleh stesen televisyen tempatan sebagai panelis untuk program berkaitan pembaharuan dalam sektor awam.

Pakar Pemimpinan Strategik dan Profiling

Dato' Dr. Adnan Hussein kini ialah panel pakar (kepimpinan strategik dan profiling) di MTalent Training and Consultancy Sdn Bhd. Beliau adalah mantan Timbalan Naib Canselor (HEPA), Universiti Sains Malaysia disamping pernah menjawat pelbagai jawatan lain seperti Dekan Pusat Pengajian Komunikasi, Pengerusi Seksyen Kewartawanan, Timbalan Dekan (Pembangunan Akademik dan Pelajar), dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Pascasiswazah) di Sekolah Komunikasi, USM. Beliau menerima ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dari University of Utah, M.Sc. degree dalam bidang Journalism and Mass Communication dari Iowa State University dan ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah berjaya menyelia dan menamatkan pengajian 10 pelajar Doktor Falsafah dan lebih 30 pelajar sarjana. Minat penyelidikannya adalah mengenai komunikasi alam sekitar dan media baharu. Beliau telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama di pelbagai persidangan antarabangsa dan memberikan kuliah umum di beberapa universiti di Indonesia. Beliau telah mengajar Teori Komunikasi Lanjutan, Kaedah Penyelidikan Komunikasi Kualitatif, Teori dan Penyelidikan Komunikasi, Seminar Kewartawanan Alam Sekitar, Fotojurnalisme dan Penerbitan Desktop. Dari tahun 2011- 2019, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Malaysia. Beliau memperkenalkan program HEBAT (Keusahawanan Holistik, Pemikiran Seimbang dan Artikulasi) kepada graduan USM yang dipertingkatkan. Pada tahun 2019 - 2022, beliau telah dilantik sebagai Ketua Kluster Kepimpinan yang bertanggungjawab terhadap program latihan untuk melatih dan membentuk bakal pemimpin USM. Beliau telah berjaya mereka bentuk dan melaksanakan program Pembangunan Apex PEARL (Peningkatan Profesional Kepimpinan Akademik dan Penyelidikan). Walaupun beliau telah bersara sepenuhnya sebagai ahli akademik sepenuh masa, beliau telah dijemput untuk memberi kuliah dan ceramah di pelbagai universiti tempatan. Kini beliau berkhidmat sebagai Setiausaha, Anggota Lembaga Koperasi, Koperasi Impian Warisan Berhad dan telah dilantik sebagai ahli Lembaga Penasihat, Akademi Kepimpinan Tun Perak (AKTP).