Skip to main content

Pembangunan Bakat Perlu Dasar Yang Jelas

NILAI, 10 Feb 2025 – Pembangunan bakat kepimpinan pendidikan tinggi Negara perlu mempunyai dasar yang jelas. Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif M Talent yang juga Profesor Adjung DRB-HICOM University of Automotive Malaysia, Dato Dr Musa Ali semasa sesi perkongsian di bengkel anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pengajian Tinggi bertempat di Auditorium AKEPT. Bengkel itu dihadiri lebih 80 orang pegawai yang terlibat secara langsung dengan pembangunan bakat di peringkat pusat dan universiti awam di Malaysia.

Menurut Musa , penyataan dasar yang jelas akan memberi satu ketetapan halatuju dalam kerangka dan proses pembangunan pendidikan tinggi Negara di peringkat agensi pusat dan jabatan atau unit di peringkat Universiti masing-masing.  Beliau yang sebelum ini adalah Pendaftar USM serta banyak terlibat dalam pembangunan sistem dan kerangka pembangunan bakat di pelbagai agensi awam di Malaysia telah juga berkongsi pengalaman dalam proses pembangunan kepimpinan pendidikan tinggi Negara.

Menurut beliau lagi , keupayaan pemimpin dalam menerajui organisasi antara faktor yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi berkenaan. Faktor ini menjadi lebih kritikal dalam ekosistem pendidikan tinggi negara kerana pemimpin pendidikan tinggi bukan saja perlu cemerlang dalam merencana untuk melahirkan graduan yang holistik tetapi juga perlu berupaya memastikan agar  pendidikan tinggi negara setanding dengan tanda aras antarabangsa. Pemimpin juga perlu berupaya merangka pendidikan tinggi agar sentiasa relevan dengan keperluan negara dan kalis masa depan.

Dalam sesi tersebut,  beberapa strategi dan pendekatan dibincangkan terutama elemen yang perlu diberi perhatian dalam usaha menyegarkan halatuju dan strategi melahirkan barisan bakat kepimpinan pendidikan tinggi negara yang berwibawa dan kompeten.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Perkhidmatan Mtalent

  • Mtalent Kompetensi

  • MTalent International Outreach

  • Sistem Mtalent

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang