Skip to main content

PELAN PENGGANTIAN PERLU SOKONGAN EKOSISTEM ORGANISASI

PULAU PINANG, 10 Julai 2024 – Peribahasa Melayu ada mengatakan ‘patah tumbuh, hilang berganti’. Dalam konteks pelan penggantian ia membawa maksud akan terus ada pengganti jika adakekosongan yang mungkin disebabkan penyandang sedia ada tamat tempoh lantikan, bersara atau bertukar tempat bertugas. Namun realitinya, yang patah itu belum tentu ada penggantinya. Jika pun ada penggantinya mungkin tidak sama dari segi kualiti dan kompetensinya. Oleh yang demikian, sangat penting untuk organisasi membangunkan pelan penggantian dan menguruskannya secara sistematik supaya memberi impak positif kepada kemajuan organisasi untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Untuk memastikan kelestarian pelan penggantian ia memerlukan sokongan ekosistem dalam pengurusan sumber manusia organisasi berkenaan. Demikian tegas Ketua Pegawai Eksekutif MTalent, YBhg Dato Dr Musa Ali semasa mengendalikan makmal pembangunan pelan penggantian selama dua hari bersama peserta dari pelbagai agensi.

Dalam program dua hari itu, peserta telah didedahkan dengan pelbagai strategik dan teknik untuk membangunkan pelan penggantian.

Program diakhiri dengan penyediaan dan pembentangan pelan tindakan peringkat agensi masing-masing.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Perkhidmatan Mtalent

  • Mtalent Kompetensi

  • MTalent International Outreach

  • Sistem Mtalent

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang