Program latihan ini dirangka untuk memperkukuh keupayaan pegawai sektor awam dan pemimpin organisasi dalam memahami, mengaplikasi, dan memimpin inovasi secara strategik. Dengan menggabungkan elemen inovasi dan keusahawanan, serta integrasi Data Analytics dan Artificial Intelligence (AI), program ini menyediakan platform pembelajaran yang bersifat holistik, interaktif, dan berorientasikan penyelesaian masalah untuk para peserta memimpin perubahan di institusi masing-masing. Program lima hari ini menyepadukan kuliah, bengkel praktikal, tugasan berkumpulan, simulasi, kajian kes, lawatan industri, serta penyediaan Re-Entry Action Plan (REAP) bagi memastikan impak pembelajaran dapat diterapkan secara langsung di institusi masing-masing.