Skip to main content

JPAN Sabah Laksana Bengkel Dasar Latihan

KOTA KINABALU, 10 Feb 2025 — Bahagian Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) telah mengadakan Bengkel Pembangunan Dasar Latihan Dan Pelan Operasi Latihan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang pertama selama empat hari di Hotel Le Meridien bermula 4 Februari (Selasa).

Bengkel ini melibatkan semua Kementerian dan jabatan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan input mengenai latihan yang diperlukan oleh penjawat awam. Berdasarkan Kamus Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan mengambil kira input daripada kementerian dan jabatan, peserta bengkel telah dikendalikan oleh Dato’ Dr. Musa Ali, Pengasas dan Ketua Eksekutif MTalent Training and Consultancy Sdn. Bhd.

Selain daripada PIC Bahagian yang telah dicalonkan turut hadir adalah YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Aidah binti Awang, Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Maznah Mohd Maun, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, Puan Nekmah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Dr. Cleopatra @ Clare Asing, Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri, Puan Salina Muhamad Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti, Tuan David Augustine, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) dan Puan Hajah Khadijah binti Sutrisnoh, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat.

Sumber dan gambar : FB JPAN SABAH



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Perkhidmatan Mtalent

  • Mtalent Kompetensi

  • MTalent International Outreach

  • Sistem Mtalent

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang