Skip to main content

Dr Ahmad Zulman Di Lantik Pengarah Pemasaran Dan Komunikasi

PULAU PINANG, 1 Oktober 2024 Dr. Ahmad Zulman Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, M Talent Training & Consultancy Services Sdn Bhd berkuatkuasa 1 Oktober 2024, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTalent , Dato’ Dr Musa Ali. 

Menurut Musa, Ahmad Zulman membawa bersamanya pengalaman luas dalam bidang komunikasi dan media. Untuk rekod, sebelum ini Ahmad Zulman berkhidmat lebih 30 tahun di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan jawatan terakhirnya sebagai Pengarah, Pusat Media dan Perhubungan Awam, USM. Beliau mendapat ijazah pertama dalam bidang Filem dan Penyiaran, seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Kajian Skrin di Pusat Pengajian Komunikasi dan menamatkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Rekabentuk Dan Media Baharu di PusatPengajian Seni , USM.

Kepakaran beliau adalah di dalam bidang Penerbitan Video, Rekabentuk Media Baharu,Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam. Mempunyai latarbelakang akademik dan praktis beliau berpengalaman dalam merekabentuk dan menerbitkan produk digital di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Menurut Musa, pelantikan  ini akan membolehkan MTalent memanfaatkan  pengalaman luas tokoh tersebut dan  akan dapat meningkatkan lagi visibility serta rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk industri dalam dan luar negara. Ini selaras dengan strategi MTalent yang mendokong pendekatan rentas bidang, rentas sektor dan rentas negara. Untuk rekod pada tahun 2024, MTalent terlibat secara langsung dalam penganjuran program pembangunan bakat peringkat kebangsaan dan menganjurkan program antarabangsa di negara- negara ASEAN, Asia dan Eropah  dengan kerjasama pelbagai rakan strategik dalam dan luar negara. Di samping itu, MTalent juga terkenal dalam program-program transformasi  digital.

Sementara itu, Ahmad Zulman yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada MTalent atas pelantikan tersebut. ‘Ini merupakan satu pengiktirafan kepada saya. Saya menerima pelantikan ini dengan perasaan terharu dan akan melakukan yang terbaik untuk MTalent”



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Perkhidmatan Mtalent

  • Mtalent Kompetensi

  • MTalent International Outreach

  • Sistem Mtalent

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang