Pelantikan Felo Budi USIM

MTALENT
|
1 OKTOBER 2025
NILAI, 1 Oktober 2025 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menyampaikan surat pelantikan kepada Dato’ Dr Musa Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd., sebagai Felo Budi USIM dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia.
Majlis ringkas penyampaian surat pelantikan telah disempurnakan oleh Encik Nasrul Hakim Ahmad, yang menjalankan tugas Pendaftar USIM, bertempat di AKEPT.
Dalam ucapannya, Dato’ Dr Musa menzahirkan rasa syukur dan bertekad untuk menyumbang kepakaran serta pengalaman beliau bagi memperkukuh pembangunan bakat dan kepimpinan di USIM.
#USIM #FeloBudi #PengurusanSumberManusia #MTalent