Skip to main content

Mantan Naib Canselor USM dilantik Pengerusi Panel Penasihat MTalent

Sumber artikel : https://malaysiagazette.com/2025/09/19/mantan-naib-canselor-usm-dilantik-pengerusi-panel-penasihat-mtalent/

GEORGE TOWN, 19 September 2025 – Mantan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Sr. Dr. Omar Osman, dilantik sebagai Pengerusi Panel Penasihat M Talent Training & Consultancy Services (MTalent) berkuat kuasa 1 September lalu hingga 31 Disember 2027.

Pelantikan tokoh akademik berusia 68 tahun itu dilihat mampu memperkukuh hala tuju strategik MTalent terutama dalam aspek kepimpinan, jaringan antarabangsa serta tadbir urus organisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif MTalent, Datuk Dr. Musa Ali berkata, pengalaman luas Omar sepanjang menerajui institusi pengajian tinggi ternama memberi nilai tambah kepada usaha memperkasakan syarikat latihan dan perundingan strategik itu.

“Beliau telah menunjukkan kecemerlangan dalam pentadbiran, selain komitmen tinggi terhadap inovasi.

“Antara kejayaan utama termasuk memimpin universiti terkemuka negara mendepani cabaran ekonomi dan memastikan ia kekal berdaya saing secara konsisten,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dengan kepakaran serta pengalaman Omar, MTalent optimis reputasi syarikat itu dapat diperkukuh di peringkat nasional dan antarabangsa.

Omar sebelum ini menyandang jawatan Naib Canselor USM dari 2011 hingga 2016, kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Naib Canselor DRB-HICOM University of Automotive Malaysia dari 2017 hingga 2025.

Sejak penubuhannya, MTalent berkembang dengan memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu program latihan domestik dan antarabangsa, pembangunan sistem digital tadbir urus serta konsultansi dalam kepimpinan, produktiviti dan transformasi sektor awam.

Malah, melalui kerjasama dengan institusi antarabangsa dari Eropah, Timur Tengah dan Jepun, MTalent kini muncul sebagai rakan strategik pelbagai agensi untuk memperkukuh kapasiti kepimpinan, daya saing dan inovasi.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Perkhidmatan Mtalent

  • Mtalent Kompetensi

  • MTalent International Outreach

  • Sistem Mtalent

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang