Skip to main content

Dato’ Dr. Musa Ali Sebagai Panel Utama Wacana SSPA 2.0 di Sabah dan Terengganu

KOTA KINABALU/KUALA TERENGGANU, Ogos-September 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd., Dato’ Dr. Hj. Musa Ali, telah dijemput sebagai panel utama dalam siri Wacana Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2.0: Moving Forward for a Progressive Civil Service yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Kota Kinabalu pada 30 Ogos dan di Kuala Terengganu pada 4 September 2025.

Wacana ini, yang berlangsung bersempena Persidangan Perwakilan Tritahunan CUEPACS Negeri Sabah dan Terengganu (Sesi 2025–2028), menjadi platform penting untuk menghimpunkan pakar, akademik serta penggubal dasar bagi membincangkan hala tuju baharu sistem saraan perkhidmatan awam dalam menghadapi cabaran abad ke-21. Kedua-dua program tersebut turut dihadiri oleh Presiden CUEPACS, Dato’ Dr. Adnan Mat, yang memberi sokongan penuh terhadap usaha memperkukuh dialog nasional mengenai reformasi sistem saraan sektor awam.

Dalam sesi di Kota Kinabalu, Dato’ Dr. Musa menegaskan bahawa reformasi perkhidmatan awam perlu dilaksanakan secara menyeluruh, bukan hanya menumpukan kepada aspek ganjaran semata-mata. Beliau menekankan bahawa pembangunan bakat, inovasi dan produktiviti harus menjadi teras utama dalam melahirkan pentadbiran yang lebih cekap, telus dan berdaya saing. “Transformasi perkhidmatan awam mesti digerakkan melalui budaya kerja berasaskan prestasi. SSPA 2.0 seharusnya menjadi pemangkin kepada pentadbiran yang lebih progresif, sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan,” tegas beliau.

Sesi ini turut menampilkan Professor Dr. Mohammad Safree bin Jeffree, Penolong Naib Canselor (Strategik) Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Dr. Inas binti Zulkipli, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), manakala moderator ialah Sdr. Melvin Ebin Bondi, pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di Kuala Terengganu pula, wacana memberi tumpuan kepada isu kesaksamaan imbuhan, pengiktirafan kompetensi dan kepentingan inklusiviti dalam sistem saraan baharu. Dato’ Dr. Musa menekankan bahawa SSPA 2.0 perlu dilihat sebagai instrumen pembangunan bakat yang menyeluruh, merangkumi aspek produktiviti, integriti dan budaya kerja kolaboratif. Beliau turut menegaskan bahawa reformasi ini perlu diselaraskan dengan tuntutan era digital, khususnya dari segi kecekapan teknologi, keselamatan data dan keupayaan penjawat awam menyesuaikan diri dengan perubahan.

Panel lain yang menyertai sesi Kuala Terengganu ialah Puan Roslina binti Ghazali, Timbalan Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Terengganu, dan Che Hartene Che Shamsudin dari
Bahagian Penyelidikan,
Perancangan dan Dasar,
Jabatan Perkhidmatan Awam. Manakala Moderator ialah Sdra. Muhammad Muizzudin bin Zaini, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Presiden CUEPACS, Dato’ Dr. Adnan Mat, dalam ucapannya menegaskan bahawa pelaksanaan SSPA 2.0 merupakan agenda besar negara dalam memperkukuh perkhidmatan awam. “CUEPACS komited memastikan suara penjawat awam didengar dalam proses reformasi ini. Kehadiran tokoh-tokoh seperti Dato’ Dr. Musa Ali amat penting untuk memperkayakan perbincangan dengan idea-idea bernas dan berpaksikan pengalaman luas,” ujar beliau.

Penganjuran di Sabah dan Terengganu membuktikan kesungguhan CUEPACS untuk menjadikan wacana ini sebagai platform inklusif yang melibatkan suara pelbagai pihak di seluruh negara, dalam usaha memperkayakan dasar saraan perkhidmatan awam yang lebih progresif, adil dan berpaksikan aspirasi Malaysia MADANI.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Perkhidmatan Mtalent

  • Mtalent Kompetensi

  • MTalent International Outreach

  • Sistem Mtalent

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang