Skip to main content

Dato’ Dr. Musa Ali Tekankan Strategi Talent Management dan Succession Plan dalam PCHELM 2025

PULAU PINANG, 23 Ogos 2025  Keupayaan organisasi untuk terus maju bergantung kepada cara kepimpinan mengurus bakat dan merancang kesinambungan kepimpinan dengan teratur. Perkara ini ditekankan oleh Dato’ Dr. Musa Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. dan mantan Pendaftar Universiti Sains Malaysia, ketika menyampaikan sesi bertajuk ‘Talent Management and Succession Planning in HEIs’ dalam Professional Certificate in Higher Education Leadership and Management 2025 (PCHELM2025) yang berlangsung pada 23 Ogos 2025.

PCHELM2025 merupakan program pembangunan profesional yang dianjurkan bersama oleh Higher Education Leadership Academy (AKEPT), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara Universiti Sains Malaysia (IPPTN USM), dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sejak 2023. Program ini dijalankan secara hibrid (dalam talian dan bersemuka) dan terdiri daripada lima modul utama: Higher Education and Development, Funding and Financing, Institutional Governance and Management, Leadership, serta Accreditation and Quality Assurance.

Dalam sesi dua jam tersebut, Dato’ Musa menegaskan bahawa talent management perlu dianggap sebagai strategi jangka panjang yang merangkumi pengenalpastian, pembangunan dan pengekalan bakat terbaik dalam organisasi. Beliau turut menekankan bahawa pelan penggantian merupakan elemen kritikal untuk memastikan kelangsungan hala tuju organisasi, khususnya apabila berlaku peralihan kepimpinan.

“Kekuatan organisasi bergantung pada kemampuan kita membangunkan dan mengekalkan bakat. Tanpa pelan penggantian yang jelas, organisasi mudah terdedah kepada risiko kehilangan kesinambungan kepimpinan,” ujar beliau sambil berkongsi pengalaman beliau dalam membangunkan kerangka kompetensi serta sistem prestasi sewaktu berkhidmat di USM.

Sesi yang dihadiri oleh peserta daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta ini mendapat sambutan positif kerana memberi panduan praktikal bagaimana organisasi dapat mengimbangi pembangunan individu dengan strategi korporat.

Selain Dato’ Musa, modul Leadership dalam PCHELM2025 turut menampilkan tokoh antarabangsa seperti Prof. Dr. Daniel T. L. Shek dari The Hong Kong Polytechnic University yang membincangkan Service Leadership in Higher Education and Research, serta Professor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail FASc, Naib Canselor IMU University yang mengupas aspek kepimpinan lestari merentas universiti, industri dan masyarakat.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Perkhidmatan Mtalent

  • Mtalent Kompetensi

  • MTalent International Outreach

  • Sistem Mtalent

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang