Skip to main content

AGENSI TUNJUK MINAT TERHADAP MODUL DAN SISTEM MTALENT

PULAU PINANG, 10 Mei 2024 – Tiga organisasi terkemuka tanahair berminat dengan modul dan sistem MTalent. Agensi tersebut telah mengadakan makmal dan lawatan kerja ke MTalent untuk meninjau modul dan sistem terutamanya dalam usaha meningkatkan aspek pengurusan kompetensi bakat di organisasi masing-masing.

Pada 3 dan 4 Mei 2024, bertempat di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam, pihak MTalent telah mengendalikan Makmal Pembangunan Pelan Penggantian untuk pihak Perbadanan Purtajaya (PPj). Makmal yang dihadiri seramai 11 pegawai sumber manusia PPj itu dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTalent , YBhg Dato Dr Musa Ali. Turut hadir dalam makmal yang mendedahkan peserta kepada strategi dan teknik pembangunan pelan penggantian ialah Naib Presiden PPj , Encik Shamshul Joehari Zainal Mokhtar.





Pada 7 Mei 2024, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Dan Dasar), Encik Khairuddin Ismail bersama delegasi seramai sembilan orang telah mengadakan lawatan kerja ke MTalent. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTalent, YBhg Dato Dr Musa Ali merangkumi kerangka pembangunan kompetensi, program dalam dan luar negeri serta sistem pembangunan bakat organisasi. Turut hadir ialah Ketua Bahagian ICT MTalent, Encik Zulham Hamdan. Di akhir lawatan beberapa perkara telah dipersetujui secara prinsip untuk Mtalent bekerjasama dalam beberapa program pembangunan bakat MUIP.





Pada 10 Mei 2024, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diketuai oleh Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Puan Nur Rafidah Abd Rashid mengetuai delegasi seramai lapan orang pegawai telah mengadakan lawatan kerja ke MTalent. Lawatan mereka khusus untuk melihat kerangka, proses dan sistem pelan penggantian yang telah dibangunkan oleh MTalent. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTalent, YBhg. Dato Dr Musa Ali dan Ketua Bahagian ICT MTalent, Encik Zulham Hamdan.





Di akhir lawatan itu, pihak DBKL berharap beberapa program susulan akan dapat diadakan bersama MTalent dalam masa terdekat. Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Perkhidmatan Mtalent

  • Mtalent Kompetensi

  • MTalent International Outreach

  • Sistem Mtalent

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang