Skip to main content

AGENSI AWAM PERLU PENGURUSAN MAKLUMAT YANG SISTEMATIK DAN MUDAH DICAPAI

PULAU PINANG , 17 Julai 2024 – Agensi awam dipelbagai peringkat perlu menguruskan maklumat secara teratur dan mudah dicapai. Ini dinyatakan oleh Ketua Pengawai Eksekutif MTalent, YBhg Dato’ Dr Musa Ali ketika menyampaikan taklimat lawatan kerja dari pasukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Justeru katanya, proses pendigitalan maklumat perlu dilakukan dipelbagai peringkat agar maklumat yang diperlukan itu dapat mudah dicapai dan terkini.

Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja dan mesyuarat bersama delegasi dari Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) yang ketuai oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan,YBhg Dato’ Badurunhisam Mohd Nor.

Selain dari bermesyuarat tentang program memperkasakan sumber manusia , delegasi juga dibawa melawat ke MTalent serta diberi taklimat tentang program-program latihan serta sistem-sistem sumber manusia yang terajui oleh MTalent.

Selain delegasi JPA turut hadir ialah wakil pengurusan Usains Holding. Untuk rekod, MTalent sebelum ini terlibat dalam membangunkan sistem sumber manusia untuk beberapa agensi kerajaan terkemuka tanahair.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Perkhidmatan Mtalent

  • Mtalent Kompetensi

  • MTalent International Outreach

  • Sistem Mtalent

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang