Zulham Hamdan seorang profesional teknologi maklumat yang berpengalaman luas. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Ijazah Sarjana Sains Komputer. Bekerja sebagai profesional IT selama 35 tahun mulai tahun 1984 dan 13 tahun terakhir sebagaiPengarah ICT dan CIO USM. Menyelia semua aspek reka bentuk dan pembangunan sistem maklumat di peringkat USM berkaitan operasi Teknologi Maklumat dan bekerjasama dengan pasukan eksekutif dalam merekabentuk strategi ICT USM (1990-1995 & 1996-2020). Terlibat dalam pembangunan projek yang berimpak tinggi sebagai perunding ICT dan ketua projek WHO (Pertubuhan Kesihatan
Sedunia) dan WPRO (Western Pacific Region Organisation) dalam penyediaan sistem Counterfeit Medicine Alertdan sistem Drugs Promotion. Inisiatif nasional termasuk pembangunan sistem pengurusan latihan RSOG (Razak School of Government), sistem maklumat pelajar untuk International College Penang, sistem CPD untuk UPSI, UMS dan UTeM, perunding teknikal kepada KementerianPengajian Tinggi HIEP (Program
Pendidikan Inklusif Holistik) dan Inisiatif Bebas Tembakau Kementerian Kesihatan Malaysia bersama syarikat Johnson & Johnson.