Skip to main content

Biodata PAKAR MTalent

Dato' Dr. Musa Ali

Dato’ Dr. Musa Ali pada masa sekarang ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di MTalent sebuah agensi penyedia latihan dan pembekal sistem pengurusan sumber manusia. Sebelum ini, beliau berpengalaman lebih 33 tahun sebagai pentadbir dengan menyertai USM sebagai staf sejak 1990. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Pendaftar, USM (2018-2023) serta pengasas dan Pengarah, Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia (USM) (2012-2023). Beliau telah berjaya membangunkan rangkaian antarabangsa yang membolehkan beliau bekerja dengan pakar pengurusan dan pengamal di peringkat antarabangsa terutamanya dalam bidang kepakarannya, pengurusan prestasi organisasi dan individu. Mendapat pendidikan di peringkat ijazah pertama dan sarjana di Universiti Sains Malaysia dan Doctor of Human Resource Management dari Murdoch University, Australia. Semasa di Australia beliau juga bertugas sebagai perunding sumber manusia di sebuah jabatan kerajaan tempatan di Australia dan terlibat dalam membangunkan kerangka kompetensi untuk jabatan berkenaan. Beliau adalah ‘certified facilitator’ untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS® dari Center for Creative Leadership, Amerika Syarikat. Bukunya iaitu “Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam” telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2008. Pada tahun 2015 beliau menghasilkan buku “Transformasi Organisasi : Konsep dan Teknik Pelaksanaan” dan buku itu yang telah diulang cetak empat kali kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam tiga bahasa lain iaitu bahasa Inggeris (2016), bahasa Arab (2020) dan bahasa Jepun (2021). Pada tahun 2022, beliau telah menghasilkan buku autobiografinya berjudul “Sirap Limau Ais: Memoir Seorang Pentadbir” yang dilancarkan pada 28 Mac 2022. Di samping itu, beliau juga telah berjaya membangunkan beberapa aplikasi sumber manusia antaranya myCPD (dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada tahun 2008), mytalent© (sistem pelan penggantian), myworkprofiling© dan myHR© yang kini digunakan oleh pelbagai agensi. Beliau juga adalah Adjunct Professor di DRB-HICOM University of Automotive Malaysia dan felo pelawat di CED4-System Dynamics Group, University of Palermo, Itali. Atas sumbangannya, beliau menerima pelbagai anugerah antaranya terpilih sebagai penerima Anugerah Khas oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 1 Mei 2022, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah USM 2022 dan penerima Top Performers Award Usains Holdings 2023. Beliau banyak terlibat dalampenulisan mengenai sektor awam di media tempatan serta sering dijemput oleh stesen televisyen tempatan sebagai panelis untuk program berkaitan pembaharuan dalam sektor awam. Beliau terlibat mengendalikan latihan dan mengetuai projek-projek perundingan dalam bidang pengurusan pelan strategik, pengurusan prestasi dan pengurusan sumber manusia untuk pelbagai jabatan kerajaan termasuk GLCs.

Mtalent Services

  • Mtalent Competency Development

  • MTalent International Outreach

  • Mtalent Digital Systems

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang