Skip to main content

SEMARAKKAN INOVASI DENGAN BELAJAR DARI PENGALAMAN INDUSTRI

PULAU PINANG, 1 Julai 2024 – Peserta program latihan Usains Holding dan MTalent diseru belajar dari pengalaman pelbagai sektor dan bidang untuk menyemarakkan budaya dan amalan inovasi serta keusahawanan di sektor awam, demikian menurut Ketua Pengawai Eksekutif MTalent, YBhg. Dato’ Dr Musa Ali. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kata-kata aluan di program Innovation and Entrepreneurship for Executive (INOEFEX) Siri kedua 2024 yang berlangsung dari 1 hingga 5 Julai 2024.

Seramai 23 peserta terdiri pegawai dari pelbagai skim perkhidmatan dan jabatan kerajaan yang dipilih menghadiri program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) ini.



Antara tarikan program siri ke dua ini ialah perkongsian pengalaman oleh Ketua Pegawai Operasi ( COO) HONDA Malaysia, Encik Sarly Adle Sarkum, Founder dan Presiden MVU Metaverse, Encik Kenneth Quah dan lawatan ke Globetronics Technology Berhad di kawasan perdagangan bebas Bayan Lepas.





Program yang dijalankan dengan kerjasama DRB-HICOM University of Automotive Malaysia itu berlangsung selama 5 hari diakhiri dengan pembentangan dan sesi penilian oleh panel penilai yang diketuai oleh YBhg. Prof Dato Sr Dr Omar Osman, Naib Canselor , DRB-HICOM University of Automotive Malaysia.





Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Mtalent Services

  • Mtalent Competency Development

  • MTalent International Outreach

  • Mtalent Digital Systems

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang