Skip to main content

Peserta Perlu Berkongsi Pengetahuan Selepas Tamat Kursus

PULAU PINANG, 9 Ogos 2024 Para peserta program pembangunan bakat yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diseru untuk berkongsi pengetahuan yang diperolehi dari program- program latihan dengan staf lain di jabatan masing- masing selepas tamat menghadiri sesuatu program latihan. Ini akan menyemarakkan lagi perkembangan ilmu selaras dengan hasrat membina generasi pentadbir yang berilmu dan berkompetensi tinggi.

Demikian menurut Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Modal Insan, JPA, Encik Mohamad Nazmi Ismail semasa menyampaikan ucapan penutupan program latihan ‘Innovation and Entrepreneurship For Executive’ Siri ke 3 untuk tahun 2024.

Program latihan itu dikendalikan oleh MTalent dengan kerjasama Usains Holding. Dalam program selama lima hari itu peserta didedahkan kepada konsep dan amalan terbaik melalui perkongsian pengalaman oleh penceramah jemputan dan lawatan industri. Antara penceramah yang terlibat ialah Dr Hari Narayanan , CEO Penang Skills Development Centre ( PSDC), Encik Farid Sulaiman ( Intel), lawatan ke Nationgate Solutions dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Pada majlis penutup itu peserta kemudian menerima sijil penyertaan. Turut hadir semasa majlis penutup program siri ke 3 itu ialah CEO MTalent, Dato Dr Musa Ali, Naib Canselor DRB University Prof Dato Dr Sr Omar Osman serta para pemudahcara program.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Mtalent Services

  • Mtalent Competency Development

  • MTalent International Outreach

  • Mtalent Digital Systems

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang