Skip to main content

Penyertaan Tokoh Berpengalaman Lonjak Program Pembangunan Bakat

PULAU PINANG, 1 Ogos 2024 – Tiga tokoh terkemuka tanahair telah dilantik sebagai Panel Penasihat (Advisory Panel) MTalent berkuatkuasa 1 Ogos 2024 sehingga 31 Disember 2027. Tiga tokoh berkenaan ialah YBhg Professor Emeritus Dato’ Dr Abd Aziz Tajuddin, YBhg Professor Dato’ Dr Sr Omar Osman dan YBhg Dato' Haji Hamdan Bahari, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTalent , Dato’ Dr Musa Ali.

Menurut Musa, ketiga-tiga tokoh berkenaan bukanlah asing kerana mereka sebelum ini banyak menyumbang kepada program transformasi pembangunan modal insan diperingkat organisasi, kebangsaan dan antarabangsa.

YBhg Professor Emeritus Dato’ Dr Abd Aziz Tajuddin  sebelum ini ialah Naib Canselor dan Presiden Albukhary International University sejak Januari 2020 sehingga bersara pada 31 Julai 2024. Beliau sebelum itu pernah berkhidmat lebih 30 tahun di Universiti Sains Malaysia (USM) dan pernah menyandang pelbagai jawatan pentadbiran penting antaranya sebagai Pendaftar, Pengarah Kampus, Dekan dan terlibat secara aktif dalam program-program pembangunan bakat di peringkat universiti dan kebangsaan.

Manakala YBhg Professor Dato’ Dr Sr Omar Osman pada masa sekarang ialah Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-HICOM University of Automotive Malaysia sejak 2017 dan sebelum itu ialah Naib Canselor, USM pada tahun 2011-2016 . YBhg Professor Dato’ Dr Sr Omar Osman terlibat dengan pelbagai program strategik pembangunan bakat peringkat kebangsaan   dan pernah memimpin inisaitif Program Perpindahan Ilmu yang anjurkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. YBhg Professor Dato’  Dr Sr Omar mempunyai rangkaian kerja dengan pelbagai pihak industri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

YBhg Dato’ Hamdan Bahari pula adalah alumni USM dan tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran peringkat negeri  ialah  mantan Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Perlis selama dua penggal dari 2013 sehingga 2022. Beliau  pernah menjadi Pengarah, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) negeri Perlis. Beliau yang memulakan perkhidmatan sebagai pendidik adalah penerima Anugerah Tokoh Guru oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2023.

Menurut Musa, penyertaan ketiga-tiga tokoh ini akan membolehkan MTalent memanfaatkan gabungan pengalaman luas tokoh-tokoh tersebut dalam pengurusan organisasi peringkat negeri dan kebangsaan. Ia juga akan dapat meningkatkan lagi rangkaian kerjsama dengan pelbagai pihak termasuk industri dalam dan luar negara. Ini selaras dengan strategi MTalent yang mendokong pendekatan rentas bidang, rentas sektor dan rentas negara. Untuk rekod pada tahun 2024, MTalent terlibat secara langsung dalam penganjuran program pembangunan bakat peringkat kebangsaan dan menganjurkan program antarabangsa di Indonesia, Jerman, Estonia dan Jepun dengan kerjasama pelbagai rakan strategik dalam dan luar negara.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Mtalent Services

  • Mtalent Competency Development

  • MTalent International Outreach

  • Mtalent Digital Systems

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang