Skip to main content

INOVASI PERLU PENDEKATAN DAN STRATEGI YANG BETUL

PULAU PINANG, 10 Jun 2024 – Memupuk budaya inovasi dan keusahawanan memerlukan pendekatan dan strategi yang betul, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif , MTalent, YBhg Dato Dr Musa Ali. Beliau berkata demikian semasa mengalu-mengalukan kehadiran kumpulan pertama pegawai-pegawai perkhidmatan awam dari pelbagai skim perkhidmatan ke program Innovation & Entrepreneurship for Executive (INOEFEX) 2024 yang berlangsung dari 10 hingga 14 Jun 2024 di sebuah hotel di Pulau Pinang.




Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tersebut dijalan dengan kerjasama Usains Holding dan MTalent. Turut terlibat menjayakan program kali ini ialah DRB-HICOM University of Automotive Malaysia yang diketuai sendiri oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Sr. Dr. Omar Osman serta penceramah dari industri terkemuka yang berkongsi pendekatan dan strategi di organisasi masing-masing dalam menjayakan agenda inovasi dan keusahawanan.



Selain aktiviti pembelajaran dalam kelas peserta juga melalui proses simulasi dan role play serta dibawa melawat ke industri terpilih untuk mendalami konsep yang dipelajari dalam kelas. Peserta juga melalui proses penilaian profiling dan diakhiri dengan pembentangan projek kumpulan masing-masing pada hari terakhir program latihan tersebut.



Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.

Mtalent Services

  • Mtalent Competency Development

  • MTalent International Outreach

  • Mtalent Digital Systems

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang