Skip to main content
BANDUNG, INDONESIA

TUBE© Transformasi Organisasi Melalui Tadbir Urus Bersepadu

Melaksanakan agenda transformasi memerlukan pengurusan data yang sistematik dan  tadbir urus yang baik . Ini sekaligus akan meransang peningkatan produktiviti, mempercepatkan pencapaian matlamat strategik serta mampu mencegah ketirisan dalam pengurusan sumber.

TUBE direkabentuk khusus  untuk membantu peserta membangunkan pelan transformasi dengan menggunakan pendekatan TUBE. Pendekatan TUBE dibangunkan berasaskan kerangka berasaskan hasil (outcome based) dengan kandungan program menjurus kepada membantu menyediakan penyelesaian menyeluruh dan sistematik mencakupi peringkat organisasi (makro) dan individu (mikro). Dengan kata lain program ini memberi panduan untuk menterjemahkan visi dan misi organisasi kepada tindakan peringkat individu.

Maklumat Program

  • Nama Program
    TUBE© Transformasi Organisasi Melalui Tadbir Urus Bersepadu
  • Tarikh Program
    Siri I : 20 - 25 April 2025
    Siri II : 21 - 26 September 2025
  • Tarikh Tutup Penyertaan
    Siri I : 20 Mac 2025 ​ ​
    Siri II : 21 Ogos 2025
  • Tempat
    Bandung, Indonesia
  • Yuran
    RM 10,500


    * Yuran termasuk kit program, makan & minum,
    sijil penyertaan dan tidak termasuk SST 8%

Matlamat Program

Pada akhir program ini, peserta akan dapat;

  • Memahami keperluan dan kepentingan proses transformasi organisasi
  • Mengenalpasti elemen penting dalam melaksanakan transformasi organisasi
  • Memahami konsep dan proses pelaksanaan pendekatan TUBE
  • Menguasai teknik TUBE dalam merangka pelan teknik dalam merangka transformasi di peringkat organisasi dan individu

KANDUNGAN PROGRAM

  • Organisasi dan tuntutan perubahan
  • Kerangka dan pendekatan TUBE
  • Hubungkaitkan halatuju melaksanakan transformasi organisasi dan peranan individu
  • Perkongsian pengalaman tranformasi digital oleh tiga agensi di Indonesia
  • Elemen High-Touch dari dimensi TUBE
  • Mengaplikasikan teknik TUBE dalam merangka transformasi pelan tindakan peringkat organisasi dan individu

Metolodologi

Program ini menggunakan gabungan kaedah ceramah, perbincangan kumpulan dan kajian kes.

PEMUDAHCARA

Ketua Pegawai Eksekutif

Dato’ Dr. Musa Ali pada masa sekarang ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di MTalent sebuah agensi penyedia latihan dan pembekal sistem pengurusan sumber manusia. Sebelum ini, beliau berpengalaman lebih 33 tahun berkhidmat di sektor awam dengan menyertai USM sebagai staf sejak 1990. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Pendaftar, USM (2018-2023) serta pengasas dan Pengarah, Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia (USM) (2012-2023). Beliau telah berjaya membangunkan rangkaian antarabangsa yang membolehkan beliau bekerja dengan pakar pengurusan dan pengamal di peringkat antarabangsa terutamanya dalam bidang kepakarannya, pengurusan prestasi organisasi dan individu. Mendapat pendidikan di peringkat ijazah pertama dan sarjana di Universiti Sains Malaysia dan Doctor of Human Resource Management dari Murdoch University, Australia. Semasa di Australia beliau juga bertugas sebagai perunding sumber manusia di sebuah jabatan kerajaan tempatan di Australia dan terlibat dalam membangunkan kerangka kompetensi untuk jabatan berkenaan. Beliau adalah ‘certified facilitator’ untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS® dari Center for Creative Leadership, Amerika Syarikat. Bukunya iaitu “Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam” telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2008. Pada tahun 2015 beliau menghasilkan buku “Transformasi Organisasi : Konsep dan Teknik Pelaksanaan” dan buku itu yang telah diulang cetak empat kali kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam tiga bahasa lain iaitu bahasa Inggeris (2016), bahasa Arab (2020) dan bahasa Jepun (2021). Pada tahun 2022, beliau telah menghasilkan buku autobiografinya berjudul “Sirap Limau Ais: Memoir Seorang Pentadbir” yang dilancarkan pada 28 Mac 2022. Di samping itu, beliau juga telah berjaya membangunkan beberapa aplikasi sumber manusia antaranya myCPD™ (dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada tahun 2008), mytalent© (sistem pelan penggantian), myworkprofiling© dan myHR© yang kini digunakan oleh pelbagai agensi. Beliau juga adalah Adjunct Professor di DRB-HICOM University of Automotive Malaysia dan felo pelawat di CED4-System Dynamics Group, University of Palermo, Itali. Atas sumbangannya, beliau menerima pelbagai anugerah antaranya terpilih sebagai penerima Anugerah Khas oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 1 Mei 2022, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah USM 2022 dan penerima Top Performers Award Usains Holdings 2023. Beliau banyak terlibat dalampenulisan mengenai sektor awam di media tempatan serta sering dijemput oleh stesen televisyen tempatan sebagai panelis untuk program berkaitan pembaharuan dalam sektor awam. Beliau terlibat mengendalikan latihan dan mengetuai projek-projek perundingan dalam bidang pengurusan pelan strategik, pengurusan prestasi dan pengurusan sumber manusia untuk pelbagai jabatan kerajaan termasuk GLCs.


Testimoni Peserta

❝TUBE  memberi saya pengetahuan baru tentang transformasi organisasi. Di samping aktiviti dalam kelas, saya bermanfaat dan teruja dengan sesi perkongsian tentang sistem teknologi aplikasi JAKI (Jakarta Kini) yang diperkenalkan oleh Jakarta Smart City. Ianya sangat centralized, di mana semua aplikasi kerajaan disatukan di dalam satu platfom yang mudah di akseskan oleh masyarakat awam. Begitu juga sesi lawatan di Bandung Command Center di mana kita dapat mempelajari bagaimana yang dapat memantau dan mengawas pelbagai situasi termasuk bencana banjir, kesesakan lalulintas Kota Bandung  semasa secara real time.❞

Wan Nur Famieza Wan Rahimi
Jabatan Perdana Menteri

❝TUBE adalah satu program pengurusan yang sesuai untuk semua skim perkhidmatan. TUBE ini memberi pengetahuan dengan pelbagai konsep dan teori serta lawatan secara praktikal di beberapa agensi kerajaan Indonesia. TUBE menekankan kepada transformasi organisasi pengurusan tadbir urus adalah berlainan berbanding dengan kursus-kursus yang sedia ada. Harapan saya agar diberi peluang lebih luas kepada pegawai-pegawai di sektor awam yang lain pada masa akan datang untuk turut serta di dalam kursus ini.❞

Kol. Bersekutu (Pa) Siti Massuriani Muhammad Amin
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Mtalent Services

  • Mtalent Competency Development

  • MTalent International Outreach

  • Mtalent Digital Systems

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang