PULAU PINANG, 10 Julai 2024 – Peribahasa Melayu ada mengatakan ‘patah tumbuh, hilang berganti’. Dalam konteks pelan penggantian ia membawa maksud akan terus ada pengganti jika adakekosongan yang mungkin disebabkan penyandang sedia ada tamat tempoh lantikan, bersara atau bertukar tempat bertugas. Namun realitinya, yang patah itu belum tentu ada penggantinya. Jika pun ada penggantinya mungkin tidak sama dari segi kualiti dan kompetensinya.