MTalent Bantu MOTAC Bangunkan Kamus Kompetensi Perkhidmatan Awam
MELAKA, 21 Oktober 2026 – MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (MTalent) terus memperkukuh peranannya sebagai rakan strategik dalam pembangunan modal insan sektor awam menerusi pelaksanaan Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) pada 20 hingga 21 Oktober 2026.
Bengkel selama dua hari ini disertai seramai 35 pegawai daripada pelbagai skim perkhidmatan di MOTAC, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kamus kompetensi sebagai instrumen strategik dalam memperkukuh pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi.
Program yang dikendalikan oleh Dato’ Dr. Musa Ali, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MTalent, memberi penekanan kepada pengenalpastian dan pembangunan kompetensi generik serta penetapan atribut dan indikator tingkah laku yang bersesuaian dengan keperluan organisasi.

Melalui pendekatan interaktif dan perbincangan kumpulan, peserta didedahkan kepada kaedah membangunkan kerangka kompetensi yang lebih sistematik, praktikal dan boleh diukur bagi menyokong pembangunan bakat, penilaian kompetensi, perancangan latihan serta pelan penggantian organisasi.
Menurut Dato’ Dr. Musa Ali, pembangunan kamus kompetensi bukan sekadar proses mendokumentasikan keupayaan yang diperlukan oleh seseorang pegawai, sebaliknya merupakan asas penting kepada transformasi pengurusan sumber manusia yang lebih strategik dan berasaskan bukti.
“Cabaran utama dalam pengurusan kompetensi bukan hanya mengenal pasti kompetensi yang diperlukan, tetapi bagaimana kompetensi tersebut dapat diukur secara objektif dan diterjemahkan kepada pembangunan bakat serta peningkatan prestasi organisasi,” jelas beliau.
Inisiatif ini diharapkan dapat membantu MOTAC membangunkan sistem pengurusan kompetensi yang lebih tersusun, sekali gus memperkukuh keupayaan pegawai dalam memenuhi keperluan perkhidmatan awam yang semakin dinamik.
MTalent komited untuk terus menyokong kementerian dan agensi kerajaan dalam pembangunan kompetensi, pengurusan bakat dan transformasi organisasi melalui pendekatan yang praktikal, inovatif dan berorientasikan hasil.
MTalent – Translating Vision into Action
Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang program, modul dan sistem yang MTalent tawarkan.