Skip to main content
PENANG, MALAYSIA

Innovation And Entrepreneurship For Executive (InoEfex)

Program latihan ini dirangka untuk memperkukuh keupayaan pegawai sektor awam dan pemimpin organisasi dalam memahami, mengaplikasi, dan memimpin inovasi secara strategik. Dengan menggabungkan elemen inovasi dan keusahawanan, serta integrasi Data Analytics dan Artificial Intelligence (AI), program ini menyediakan platform pembelajaran yang bersifat holistik, interaktif, dan berorientasikan penyelesaian masalah untuk para peserta memimpin perubahan di institusi masing-masing. Program lima hari ini menyepadukan kuliah, bengkel praktikal, tugasan berkumpulan, simulasi, kajian kes, lawatan industri, serta penyediaan Re-Entry Action Plan (REAP) bagi memastikan impak pembelajaran dapat diterapkan secara langsung di institusi masing-masing.

Maklumat Program

  • Nama Program
    Innovation And Entrepreneurship
    For Executive (INOEFEX)
  • Tarikh Progam
    Siri I :  21 - 26 Jun 2026
    Siri II : 12 - 17 Julai 2026
  • Tarikh Akhir Pendaftaran
    Siri I :  21 Mei 2026
    Siri II : 12 Jun 2026
  • Tempat
    Penang, Malaysia
  • Yuran
    RM 15,500


    * Yuran termasuk kit program, makan & minum, sijil penyertaan dan tidak termasuk SST 8%

Matlamat Program

  • Memperkasa peserta dengan pengetahuan dan kemahiran inovasi dan keusahawanan yang diperkaya dengan integrasi asas dalam aspek analitik data dan kecerdasan buatan.
  • Menyediakan alat dan teknik praktikal untuk mendorong kreativiti dan inovasi dalam kalangan peserta.
  • Menyediakan alat dan teknik praktikal untuk mendorong kreativiti dan inovasi dalam kalangan peserta.
  • Menyediakan alat dan teknik praktikal untuk mendorong kreativiti dan inovasi dalam kalangan peserta.

Kaedah Pembelajaran

Program ini melibatkan pelbagai kaedah pembelajaran iaitu:

  • kuliah interaktif yang disampaikan oleh pensyarah dari universiti dan pengamal profesional dari industri
  • bengkel hands-on yang memberikan pengalaman kepada peserta dalam menggunakan alat pengurusan seperti Business Model Canvas.
  • Perbincangan kumpulan dalam kalangan peserta pada sepanjang program latihan diadakan untuk memperkasa keupayaan kempimpinan dan kerja berpasukan.
  • Pembentangan dan ulasan kajian kes dan lawatan industri untuk meningkatkan keberkesanan latihan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan bukti,
  • Penyediaan dan pembentangan REAP sebagai asas tindakan susulan peserta untuk memastikan latihan ini memberikan impak kepada institusi.