Skip to main content
PULAU PINANG, MALAYSIA

Transformasi Pembangunan Bakat Sektor Awam: Pengintegrasian Kompetensi, Potensi dan Prestasi

Perkhidmatan awam Malaysia sedang berdepan keperluan untuk memperkukuh keupayaan modal insan bagi menghadapi cabaran transformasi, digitalisasi dan peningkatan prestasi organisasi. Seiring dengan aspirasi dan agenda reformasi sektor awam, pembangunan bakat menjadi tunjang utama kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan, inovatif dan berorientasikan hasil.

Kerangka Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam menekankan bahawa pembangunan bakat perlu dilaksanakan melalui integrasi tiga komponen utama iaitu kompetensi, potensi dan prestasi. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan pegawai sentiasa berkeupayaan dalam melaksanakan tanggungjawab semasa, tetapi juga berpotensi untuk menggalas peranan kepimpinan masa hadapan.

Kursus ini dirangka untuk memperkukuh pemahaman dan kemahiran peserta dalam melaksanakan penilaian bakat secara sistematik, membangunkan pelan tindakan pembangunan diri dan organisasi, serta menzahirkan budaya kerja berprestasi tinggi yang menyokong hala tuju strategik sektor awam.

Maklumat Program

  • Nama Program
    Transformasi Pembangunan Bakat Sektor Awam: Pengintegrasian Kompetensi, Potensi dan Prestasi
  • Tarikh Program
    9 - 11 Jun 2026
  • Tarikh Tutup Penyertaan
    9 Mei 2025 ​ 
  • Tempat
    Pulau Pinang, Malaysia
  • Yuran
    RM 3,000


    * Yuran termasuk penginapan (single room), kit program, ground transportation dan sijil penyertaan.
    Yuran adalah tidak termasuk SST 8%

Objektif

  • Memberi kefahaman menyeluruh mengenai konsep dan struktur Kerangka Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam.
  • Meningkatkan keupayaan peserta dalam melaksanakan penilaian kompetensi, potensi dan prestasi pegawai.
  • Mengaplikasikan kaedah analisis jurang bagi menentukan keperluan pembangunan kompetensi dan potensi individu.
  • Merangka pelan tindakan pembangunan bakat yang menyokong peningkatan prestasi dan kemajuan kerjaya.

Hasil Pembelajaran

  • Menjelaskan konsep dan prinsip asas dalam pembangunan bakat sektor awam.
  • Mengenal pasti jurang kompetensi dan potensi melalui penggunaan instrumen penilaian yang berstruktur.
  • Menilai tahap kompetensi dan prestasi pegawai berdasarkan standard dan indikator tingkah laku.
  • Merangka Pelan Tindakan Pembangunan Bakat individu dan organisasi.
  • Mengintegrasikan hasil penilaian ke dalam strategi pembangunan sumber manusia dan pengurusan prestasi.

Pendekatan Pembelajaran

Program ini menggunakan gabungan kaedah ceramah, perbincangan kumpulan kajian kes dan simulasi sistem.

Kumpulan Sasaran

Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia, latihan, pembangunan bakat, dan prestasi organisasi.


PEMUDAHCARA

Ketua Pegawai Eksekutif

Dato’ Dr. Musa Ali ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. serta konsultan di USAINS Group of Companies. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pendaftar USM (2018–2023) dan Pengasas serta Pengarah Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PiPPA) (2012–2023). Beliau telah berjaya membangunkan rangkaian antarabangsa yang membolehkan beliau bekerja dengan pakar pengurusan dan pengamal di peringkat antarabangsa terutamanya dalam bidang kepakarannya, pengurusan prestasi organisasi dan individu. Mendapat pendidikan di peringkat ijazah pertama dan sarjana di Universiti Sains Malaysia dan Doctor of Human Resource Management dari Murdoch University, Australia. Semasa di Australia beliau juga bertugas sebagai perunding sumber manusia di sebuah jabatan kerajaan tempatan di Australia dan terlibat dalam membangunkan kerangka kompetensi untuk jabatan berkenaan. Beliau adalah ‘certified facilitator’ untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS® dari Center for Creative Leadership, Amerika Syarikat. Bukunya iaitu “Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam” telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2008. Pada tahun 2015 beliau menghasilkan buku “Transformasi Organisasi : Konsep dan Teknik Pelaksanaan” dan buku itu yang telah diulang cetak empat kali kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam tiga bahasa lain iaitu bahasa Inggeris (2016), bahasa Arab (2020) dan bahasa Jepun (2021). Pada tahun 2022, beliau telah menghasilkan buku autobiografinya berjudul “Sirap Limau Ais: Memoir Seorang Pentadbir” yang dilancarkan pada 28 Mac 2022. Di samping itu, beliau juga telah berjaya membangunkan beberapa aplikasi sumber manusia antaranya myCPD (dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada tahun 2008), mytalent (sistem pelan penggantian), myworkprofiling dan myHR yang kini digunakan oleh pelbagai agensi. Beliau juga adalah Felo Budi, Universiti Sains Islam Malaysia serta pernah dilantik Beliau juga pernah dilantik sebagai Adjunct Professor di DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia, Visiting Fellow di Faculty of Business & Public Management, University of Palermo (Itali), Advisory Panel for Institute of Local Government (UUM), Panel Pemilih Anugerah Inovasi Perdana Menteri dan Panel Penilai Indeks SSR (MAMPU). Atas sumbangannya, beliau menerima pelbagai anugerah antaranya terpilih sebagai penerima Anugerah Khas oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 1 Mei 2022, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah USM 2022 dan penerima Top Performers Award Usains Holdings 2023 dan 2024. Beliau juga aktif menulis mengenai sektor awam di media tempatan serta sering dijemput oleh stesen televisyen tempatan sebagai panelis untuk program berkaitan pembaharuan dalam sektor awam. Beliau terlibat mengendalikan latihan dan mengetuai projek-projek perundingan dalam bidang pengurusan pelan strategik, pengurusan prestasi dan pengurusan sumber manusia untuk pelbagai jabatan kerajaan termasuk GLCs.

PEMUDAHCARA

Pakar Pemimpinan Strategik dan Profiling

Dato’ Dr. Adnan Hussein was Professor of Communication, at the School of Communication, Universiti Sains Malaysia. Since joining Universiti Sains Malaysia in 1994, he has been appointed as Dean of School of Communication, Chairperson of Journalism Section, Deputy Dean (Academic and Student Development), and Deputy Dean (Research and Postgraduate Studies) of the School of Communication, USM. He received his Ph.D. from the University of Utah, M.Sc. degree in Journalism and Mass Communication from Iowa State University and B.A (Hons) in Anthropology and Sociology from Universiti Kebangsaan Malaysia. He had successfully supervised and graduated 10 Ph.D. students and over 30 master’s students. His research interest was on environmental communication and the new media. He had been invited to deliver keynote addresses at various international conferences and gave public lectures in a number Indonesian universities. He had taught Advanced Communication Theory, Qualitative Communication Research Methods, Communication Theory and Research, Seminar on Environmental Journalism, Photojournalism and Desktop Publishing. From 2011-2019 he was appointed as the Deputy Vice Chancellor, Student Development Affairs and Alumni, Universiti Sains Malaysia. He introduced the HEBAT (Holistic Entrepreneurship Balanced Articulate Thinking) programme to enhanced USM graduates. In 2019 - 2022 under the Flexible Scheme for Retired Scholars (FSRS) he was appointed as Head of Leadership Cluster in-charge of training programmes to train and groom USM future leaders. He has successfuly design and execute the Apex PEARL (Professional Enhancement of Academic and Research Leadership) Development program. Although he has fully retired as a full-time academics, he has been invited to give lectures and talks at various local universities. Currently he serves as Secretary, Anggota Lembaga Koperasi, Koperasi Impian Warisan Berhad and has been appointed as a member of the Advisory Board, Akademi Kepimpinan Tun Perak (AKTP).