
Membangunkan pelan penggantian: Strategi dan Teknik Pelaksanaan
Pengurusan pelan penggantian adalah perkara strategik dalam merangka masa hadapan yang perlu diberi perhatian oleh setiap organisasi. Pelan penggantian ialah proses mengenalpasti dan membangunkan bakat dalam kalangan kakitangan sesebuah organisasi bagi mengisi jawatan-jawatan strategik dan kritikal organisasi tersebut. Pengurusan pelan penggantian yang komprehensif akan dapat menjamin kelestarian kepimpinan sesuatu organisasi dalam jangka sederhana dan panjang. Apabila tiba masa melaksanakan penggantian untuk jawatan strategik, keputusan yang bakal dilakukan banyak bergantung kepada perancangan dan tindakan yang telah organisasi lakukan sebelumnya.
Persoalannya, apakah strategi yang boleh digunakan dalam membangunkan pengurusan pelan penggantian? Apakah teknik yang boleh diaplikasikan untuk membolehkan pelan penggantian itu dapat dijadikan rujukan kepada pengurusan organisasi dalam membuat keputusan pengisian jawatan-jawatan kritikal dalam sesuatu organisasi? Program ini direkabentuk khusus untuk menjawab persoalan tersebut.
Maklumat Program
-
Nama ProgramMembangunkan Pelan Penggantian: Strategi dan Teknik Pelaksanaan
-
Tarikh Program6 - 7 Mei 2025
-
Tarikh Tutup Penyertaan6 April 2025
-
TempatPenang, Malaysia
-
YuranRM 1,900
* Yuran termasuk kit program, makan & minum,
sijil penyertaan dan tidak termasuk SST 8%
Matlamat Program
Pada akhir program ini, peserta akan dapat;
- Memahami keperluan dan kepentingan pengurusan pelan penggantian
- Memahami elemen penting dalam pengurusan pelan penggantianMenguasai konsep 9 kotak dalam pelan penggantian
- Memahami kaedah pengurusan data dan sistem pengurusan pelanpenggantian
- Merangka pelan tindakan
KANDUNGAN PROGRAM
- Pengenalan kepada pengurusan bakat dalam organisasi
- Lima strategi utama pembangunan pelan penggantian
- Konsep ‘9 kotak’ (‘nine-box’) dalam pelan penggantianPengurusan data bakat dan sistem pelan penggantian
- Analisis jurang
- Membangunkan pelan tindakan
Siapa Patut Hadir
- Pegawai Pengurusan dan Profesional yang terlibat dalam pengurusan dan pembangunan bakat organisasi
- Penyelia Kumpulan Pelaksana
- Individu yang berminat
Metolodologi
Program ini menggunakan gabungan kaedah ceramah, perbincangan kumpulan dan kajian kes.
PEMUDAHCARA
Dato’ Dr. Musa Ali pada masa sekarang ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di MTalent sebuah agensi penyedia latihan dan pembekal sistem pengurusan sumber manusia. Sebelum ini, beliau berpengalaman lebih 33 tahun sebagai pentadbir dengan menyertai USM sebagai staf sejak 1990. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Pendaftar, USM (2018-2023) serta pengasas dan Pengarah, Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia (USM) (2012-2023). Beliau telah berjaya membangunkan rangkaian antarabangsa yang membolehkan beliau bekerja dengan pakar pengurusan dan pengamal di peringkat antarabangsa terutamanya dalam bidang kepakarannya, pengurusan prestasi organisasi dan individu. Mendapat pendidikan di peringkat ijazah pertama dan sarjana di Universiti Sains Malaysia dan Doctor of Human Resource Management dari Murdoch University, Australia. Semasa di Australia beliau juga bertugas sebagai perunding sumber manusia di sebuah jabatan kerajaan tempatan di Australia dan terlibat dalam membangunkan kerangka kompetensi untuk jabatan berkenaan. Beliau adalah ‘certified facilitator’ untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS® dari Center for Creative Leadership, Amerika Syarikat. Bukunya iaitu “Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam” telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2008.
Pada tahun 2015 beliau menghasilkan buku “Transformasi Organisasi : Konsep dan Teknik Pelaksanaan” dan buku itu yang telah diulang cetak empat kali kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam tiga bahasa lain iaitu bahasa Inggeris (2016), bahasa Arab (2020) dan bahasa Jepun (2021). Pada tahun 2022, beliau telah menghasilkan buku autobiografinya berjudul “Sirap Limau Ais: Memoir Seorang Pentadbir” yang dilancarkan pada 28 Mac 2022. Di samping itu, beliau juga telah berjaya membangunkan beberapa aplikasi sumber manusia antaranya myCPD™ (dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada tahun 2008), mytalent© (sistem pelan penggantian), myworkprofiling© dan myHR© yang kini digunakan oleh pelbagai agensi. Beliau juga adalah Adjunct Professor di DRB-HICOM University of Automotive Malaysia dan felo pelawat di CED4-System Dynamics Group, University of Palermo, Itali. Atas sumbangannya, beliau menerima pelbagai anugerah antaranya terpilih sebagai penerima Anugerah Khas oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 1 Mei 20a22, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah USM 2022 dan penerima Top Performers Award Usains Holdings 2023. Beliau banyak terlibat dalampenulisan mengenai sektor awam di media tempatan serta sering dijemput oleh stesen televisyen tempatan sebagai panelis untuk program berkaitan pembaharuan dalam sektor awam. Beliau terlibat mengendalikan latihan dan mengetuai projek-projek perundingan dalam bidang pengurusan pelan strategik, pengurusan prestasi dan pengurusan sumber manusia untuk pelbagai jabatan kerajaan termasuk GLCs.
Testimoni Peserta
❝Saya sangat berpuas hati dengan kursus Pelan Penggantian yang dianjurkan oleh MTalent Sdn Bhd. pada Julai 2024. Kursus ini sangat informatif dan memberikan panduan yang jelas tentang strategi serta pelaksanaan penggantian terutama bagi jawatan strategik secara holistik dan dinamik. Para penceramah iaitu YBhg. Dato Dr. Musa Ali sangat berpengalaman dan mampu menjelaskan konsepkonsep yang kompleks dengan cara yang mudah difahami. Saya rasa kursus ini sangat berharga untuk pembangunan profesional saya dan saya pasti akan mengesyorkannya kepada Ketua Jabatan saya untuk peningkatan kompetensi pegawai lain.❞
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
❝Kursus Pembangunan Pelan Penggantian ini merupakan kursus paling lengkap pernh dihadiri oleh saya berkaitan pelan penggantian. Kursus ini menyentuh teori dan paling penting, panduan praktikal dengan 'template' dan strategi pelaksanaan yang bermanfaat untuk dilaksanakan dalam organisasi. Sesi-sesi latihan dan perkongsian telah mendedahkan saya kepada senario sebenar cabaran pelaksanaan pelan penggantian yang amat membantu dalam mengenalpasti isu-isu berbangkit dan kedah penyelesaian.❞
Kementerian Pengangkutan
❝Program ini telah memberikan pendedahan dan meningkatkan lagi pemahaman peserta berhubung strategi dan teknik pelaksanaan pelan pengantian yang lebih sistematik. Program ini juga bleh dijadikan sebagai panduan kepada Pengurus Sumber Manusia dari pelbagai agensi dalam merancang Pelan Penggantian yang lebih komprehensif untuk jangka masa panjang.❞
Jabatan Perdana Menteri
❝Program ini sangat membantu saya selaku pengurus sumber manusia untuk memamhami dengan lebih jelas berkenaan teknik mengenalpasti pegawai yang berkelayakan bagi mengisi jawatan strategik di agensi untuk memastikan kesinambungan halatuju agensi supaya tidak berlaku pembaziran sumber.❞
Kementerian Pengajian Tinggi