Skip to main content
PENANG, MALAYSIA

Pemantapan Kemahiran Analisis Keperluan Pembelajaran (Learning Needs Analysis

Dalam melaksanakan aktiviti pengurusan pembangunan organisasi, istilah Analisis Keperluan Latihan (Training Need Analysis - TNA) seringkali disama-ertikan atau bertukar dengan istilah Analisis Keperluan Pembelajaran (Learning Needs Analysis - LNA). Namun hakikatnya, kedua-dua istilah itu mempunyai makna, pendekatan dan instrumen yang berbeza. TNA merupakan satu kaedah untuk mengenalpasti latihan yang diperlukan, siapa yang memerlukan dan jenis latihan untuk memenuhi jurang yang telah dikenalpasti. Manakala LNA mengcakupi skop yang lebih luas kerana ialah proses mengenalpasti pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan sumber manusia selaras dengan halatuju organisasi.


Melaksanakan program latihan tanpa melakukan analisis yang sesuai dengan kaedah yang sistematik umpama tindakan doktor perubatan melakukan prosedur pembedahan tanpa melihat dan mengkaji terlebih dahulu latarbelakang dan melihat data-data penting seseorang pesakit. Ia bukan saja mengundang risiko yang tinggi tetapi juga akan menyebabkan pembaziran sumber. Dalam kontek pengurusan organisasi ini disebut sebagai ‘jump start’ yang natijahnya bukan saja membazirkan sumber tetapi juga gagal memberi perhatian atau fokus kepada isu sebenar.


Justeru, amat penting organisasi berusaha melengkapkan pasukan pengurusannya dengan kemahiran analisis keperluan pembelajaran supaya dapat membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi di samping memgelakkan ketirisan sumber serta seterusnya mengtransformasi menjadi organisasi produktif dan kalis masa depan.

Maklumat Program

  • Nama Program
    Pemantapan Kemahiran Analisis Keperluan Pembelajaran
    (Learning Needs Analysis ©)
  • Tarikh Program
    12 - 13 Ogos 2025
  • Tarikh Tutup Penyertaan
    12 Julai 2025 ​ ​
  • Tempat
    Penang, Malaysia
  • Yuran
    RM 1,900


    * Yuran termasuk kit program, makan & minum,
    sijil penyertaan dan tidak termasuk SST 8%

Matlamat Program

Pada akhir program ini, peserta akan dapat;

  • Meningkatkan kefahaman dan kepentingan analisis keperluan pembelajaran
  • Menguasai teknik-teknik melaksanakan analisis keperluan pembelajaran
  • Mengaplikasikan teknik-teknik yang dipelajari melalui latihan aplikasi kes sebenar organisasi
  • Mampu untuk menyusun program mengikut prioriti
  • Merangka pelan tindakan peringkat organisasi

KANDUNGAN PROGRAM

  • Apa itu Analisis Keperluan Pembelajaran (LNA) dan perbezaannya dengan Analisis Keperluan Latihan (TNA)
  • Kelebihan Analisis Keperluan Pembelajaran (LNA)
  • Proses Analisis Keperluan Pembelajaran (LNA) (step by step)
  • Kaedah pengumpulan data dan analisis
  • Latihan aplikasi teknik-teknik LNA
  • Teknik menyusun program mengikut prioriti
  • Merangka pelan tindakan organisasi

Metolodologi

Gabungan kaedah ceramah pendek, perbincangan kumpulan, kajian kes dan latihan aplikasi.


PEMUDAHCARA

Ketua Pegawai Eksekutif

Dato’ Dr. Musa Ali ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di MTalent Training and Consultancy. Sebelum itu, beliau berpengalaman lebih 33 tahun di sektor awam dengan menyertai USM sebagai staf sejak 1990. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Pendaftar, USM (2018-2023), Pengarah Bahagian Sumber Manusia USM (2016-2017) serta Pengasas dan Pengarah, Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia (USM) (2012-2023). Mendapat pendidikan di peringkat ijazah pertama dan sarjana di Universiti Sains Malaysia dan Doctor of Human Resource Management dari Murdoch University, Australia. Beliau adalah ‘certified facilitator’ untuk Benchmarks®, SKILLSCOPE®, Prospector®, 360 BY DESIGN®, Executive Dimension® dan KEYS® dari Center for Creative Leadership, Amerika Syarikat. Bukunya iaitu “Transformasi Pengurusan Latihan Sektor Awam” telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2008. Pada tahun 2015 beliau menghasilkan buku “Transformasi Organisasi : Konsep dan Teknik Pelaksanaan” dan buku itu yang telah diulang cetak empat kali kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam tiga bahasa lain iaitu bahasa Inggeris (2016), bahasa Arab (2020) dan bahasa Jepun (2021). Pada tahun 2022, beliau telah menghasilkan buku autobiografinya berjudul “Sirap Limau Ais: Memoir Seorang Pentadbir” yang dilancarkan pada 28 Mac 2022. Di samping itu, beliau juga telah berjaya membangunkan beberapa aplikasi sumber manusia yang kini digunakan oleh pelbagai agensi. Beliau adalah penerima Anugerah Khas oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan pada 1 Mei 2022, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah USM 2022 dan penerima Top Performers Award Usains Holdings 2023. Sering dijemput oleh stesen televisyen tempatan sebagai panelis untuk program berkaitan pembaharuan dalam sektor awam.

Mtalent Services

  • Mtalent Competency Development

  • MTalent International Outreach

  • Mtalent Digital Systems

  • 'Customized Training Program'

"Transforming your vision into action"

MTalent Training & Consultancy Services Sdn. Bhd. (1512139-M), Suite 160, Level 1, Eureka Complex Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang